Khamis, 5 Disember 2013

10 SEBAB DOA TIDAK MAKBUL


Ketika Imam Ibrahim bin Adham (seorang wali Allah) ditanya, kenapakah doa seseorang ditolak oleh Allah Taala.Lalu beliau menjawab:

1- Kamu kata kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab kepada Nya

2- Kamu kata kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya

3- Kamu baca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya

4- Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya

5- Kamu tahu syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu berkawan dengannya

6- Kamu kata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya

7- Kamu kata neraka itu benar, tetapi kamu melakukan perbuatan yang mendekatkan kamu kepadanya

8- Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya

9- Kamu nampak keaiban orang lain, tetapi kamu tidak nampak keaiban diri kamu sendiri


10- Kamu kuburkan keluarga kamu yang mati,tetapi kamu tidak mengambil itibar /daripadanya. 

Ahad, 1 Disember 2013

SIFAT–SIFAT ORANG YANG
DOANYA MUSTAJAB



  1. Orang yang dizalimi (sekalipun ia jahat atau kafir muahad (Al Bukhari , Abu Daud ,At Tirmizi dan Ahmad)
  2. Orang yang sedang bermusafir sehingga dia pulang (Muslim, At Tirmizi dan Al Bazzar)
  3. Kedua ibubapa yang mendoakan keburukan ke atas anaknya (Abu Daud, At Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i
  4. Orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka (At Tirmizi, Al Bazzar dan An Nasa’i)
  5. Imam (pemimpin) yang adil (yang meletakkan sesuatu sesuai dengan kehendak islam) (At Tirmizi dan Al Baihaqi)
  6. Orang yang banyak berzikir kepada Allah (Al Baihaqi)
  7. Seorang mumin yang berdoa untuk kebaikan saudara seagamanya tanpa pengetahuannya
  8. (Al Bukhari, Abu Daud dan At Tirmizi)
  9. Orang yang sedang mengerjakan ibadat haji dan umrah sehingga dia
  10. pulang ke tanahairnya (Al Baihaqi dan Ibnu Majah).
  11. Orang yang berperang (berjuang) pada jalan Allah sehingga dia pulang
  12. (Ibnu Majah dan Al Baihaqi)
  13. Orang yang sedang sakit atau ditimpa bala sehingga dia sembuh atau
  14. bebas dari bala itu (Al Baihaqi ,At Tabrani dan Said Ibnu Mansur)
  15. Orang yang mendoakan untuk kebaikan muminin dan muminat secara
  16. umum (keseluruhan) (Ad Dailami)
  17. Orang yang banyak berdoa ketika dalam keadaan senang
  18. (At Tirmizi dan Al Hakim)
  19. Orang yang melapangkan kesusahan orang lain (Ahmad)
  20. Orang tua yang rajin beramal dengan sunnah (At Tabrani)
  21. Ahli Al Quran yang beramal dengan isi kandungannya (Al Baihaqi)
  22. Doa orang yang diberikan bantuan untuk kebaikan pemberinya
  23. (Ad Dailami)
  24. Golongan yang berhimpun untuk berdoa dan mengucapkan ”Amin”
  25. kepada Allah S.W.T (Al Hakim dan Abu Nuaim)
  26. Orang yang sedang berada dalam kesusahan
  27. (Abu Nuaim , dan Al Baihaqi) (1)

1)Rujukan:
Kitab karangan Imam Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Al Husaini

Muka surat 20