Khamis, 5 Disember 2013

10 SEBAB DOA TIDAK MAKBUL


Ketika Imam Ibrahim bin Adham (seorang wali Allah) ditanya, kenapakah doa seseorang ditolak oleh Allah Taala.Lalu beliau menjawab:

1- Kamu kata kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab kepada Nya

2- Kamu kata kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya

3- Kamu baca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya

4- Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya

5- Kamu tahu syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu berkawan dengannya

6- Kamu kata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya

7- Kamu kata neraka itu benar, tetapi kamu melakukan perbuatan yang mendekatkan kamu kepadanya

8- Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya

9- Kamu nampak keaiban orang lain, tetapi kamu tidak nampak keaiban diri kamu sendiri


10- Kamu kuburkan keluarga kamu yang mati,tetapi kamu tidak mengambil itibar /daripadanya. 

Tiada ulasan: