Rabu, 10 Julai 2013

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI



Hukum melaksanakan solat sunat aidilfitri adalah sunat muakkad.

Cara melaksanakannya:

Niat:

Maksud: "Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat makmum kerana Allah Ta'ala".


Rakaat Pertama:

  1. Berniat dalam hati untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri.
  2. Takbiratul ihram.
  3. Doa iftitah.
  4. Takbir 7 kali diselangi membaca zikir "Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaaha illallaah, wallahu akbar" sebanyak 6 kali.
  5. Membaca surah al-Fatihah.
  6. Membaca surah al-Quran.
  7. Rukuk.
  8. Iktidal.
  9. Sujud.
  10. Duduk antara 2 sujud.
  11. Sujud kali kedua.
  12. Bangun untuk rakaat kedua.


Rakaat Kedua:

  1. Takbir 5 kali & diselangi membaca zikir seperti  "Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaaha illallaah, wallahu akbar" sebanyak 4 kali.
  2. Membaca surah al-Fatihah.
  3. Membaca surah al-Quran.
  4. Rukuk.
  5. Iktidal.
  6. Sujud.
  7. Duduk antara 2 sujud.
  8. Sujud kali kedua.
  9. Sujud untuk tahiyat akhir.
  10. Memberi salam.


     Terdapat hadis mengatakan tidak wajib menghadiri Khutbah Hari Raya ini. Oleh itu setelah selesai mengerjakan solat sunat ini maka boleh meninggalkan majlis tersebut. Bagaimanapun adalah baik untuk jemaah untuk terus berada dalam masjid mendengar khutbah bersama-sama umat Islam yang lain.

Wassalam.

Tiada ulasan: